Mengenai Agrobazaar.com.my


Agrobazaar.com.my merupakan satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dan diuruskan oleh FAMA. Ianya telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 11 Disember 2014 di Putrajaya.

Visi

Menjadi e-pasaran produk agromakananyang lestari dan berkembang maju untuk komuniti tempatan dan antarabangsa.

Misi

Menyediakan pasaran baru dan mampan untuk produk pertanian dengan mewujudkan satu komuniti agro-makanan atas talian bagi meningkatkan kualiti hidup komuniti

Model Perniagaan

E- dagang, sumber maklumat, & pembangunan usahawan.

Ciri-ciri

  • Responsif mengikut gajet yang digunakan (komputer, tablet, telefon pintar)
  • Quick Response Code (QR Code) memudahkan pengguna melayari portal dan membuat pembelian melalui imbasan telefon pintar
  • Lokaliti yang memaparkan imej peta kedai penjual atau lokasi ambilan
  • Penarafan pekedai oleh pembeli
  • Pembayaran melalui gerbang pembayaran atas talian
  • Maklumat pemasaran terkini seperti bekalan, permintaan, peluang pasaran, harga, terma-terma perniagaan dan persijilan
  • Latihan dan bimbingan usahawan mengenai kaedah perniagaan atas talian
  • Rakan Kolaborasi

    Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Jabatan dan agensi Rakan E-dagang, Maklumat dan Pembangunan Usahawan
    MIMOS Berhad Penyedia Platform
    MAMPU Penyedia Perkakasan, Emel dan Gerbang Pembayaran
    Agrobank Penyedia Gerbang Pembayaran
    POS Laju Penyedia Logistik Penghantaran
    Webonline Sdn Bhd Penyedia Gerbang Pembayaran